Monday, November 19, 2012

#1

Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, cikgu selalu paksa buat buku scrap. Masa tu aku tengah obses dengan membeli cover buku scrap dan kertas lawa-lawa untuk dapatkan markah tinggi. Aku sebagai anak sulung yang mana dalam family aku, lebih kurang akulah orang pertama yang masuk ke sekolah, takde siapa pun dalam family aku yang tahu mana aku nak cari kertas dan cover lawa-lawa yang aku selalu tengok kawan aku guna. Aku nak tanya kat mana dia orang beli, aku segan. Aku pun tak tau kenapa aku segan. Tapi, masa darjah 5, aku berjaya jumpa satu kedai yang menjual semua benda yang aku nak gunakan untuk membuat buku scrap disebabkan aku rajin sangat ikut arwah ayah aku ke bandar untuk fotostat buku-buku lama warisan arwah atuk aku.

Bila dah ada material yang serba lawa, of course la rasa seronok nak siapkan projek, kan? Dulu, masa darjah 4, iaitu setahun sebelum aku mengetahui kewujudan kedai di bandar tersebut, aku memang selalu pura-pura tertidur setiapkali cikgu suruh aku hantar buku scrap. So, bila cikgu ketuk-ketuk meja, aku buat-buat tak dengar sampai la cikgu tu pergi meja lain. Kecut perut aku bila dengar suara cikgu menjerit suruh aku bangun tapi demi tak kena hukum, aku sanggup bertahan buat-buat tidur. Nasib baik member sebelah aku back up aku (yelah, sebab aku dah prepare dari pagi-pagi lagi berlakon buat-buat sakit), dia bagitau cikgu tu aku sakit, dan Alhamdulillah, aku terlepas. Oh, boleh tahan jahat jugak aku ni bila diingat-ingat balik. 

Namun, atas sebab-sebab tertentu, aku mula paksa diri aku berubah. Aku sedar aku tak boleh selamanya jadi malas. Dan titik perubahan aku bermula apabila aku mula memasuki darjah 5. Perubahan aku buatkan keadaan sekeliling aku turut berubah. Kalau dulu, aku di-blacklisted kan oleh cikgu-cikgu yang mengajar aku, masa tu, cikgu-cikgu dah boleh terima aku. Kalau dulu, aku selalu meniru homework orang lain, masa tu, orang lain pulak tiru homework aku. Kalau dulu, aku dileceh-lecehkan dengan classmates aku, masa tu, dia orang tak memasal dok puji-puji aku. 

8:53
That is because Allah would not change a favor which He had bestowed upon a people until they change what is within themselves. And indeed, Allah is Hearing and Knowing. [8:53]

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ayat ni selalu diulang-ulang parents aku bila aku ceritakan pada dia orang masalah-masalah yang aku lalui masa kat sekolah. Dan ayat ni jadi pendorong untuk aku berubah jadi lebih baik. Aku mengaku tak mudah nak berubah daripada aku-pada-masa-lalu pada aku-yang-sekarang. Aku perlukan sokongan moral, aku perlukan semangat, dan yang paling penting aku perlukan Allah untuk bantu aku sebabnya buah daripada usaha kita tu adalah milik Allah. Jadi, kita semua kenalah bergantung dengan Dia.

Cakap pasal berubah ni, aku ada baca kat facebook, Aqsa Syarif post gambar ni:


Haa! Benda-benda ni aku percaya dah mendarah daging dalam diri kita. Tapi, demi saudara-saudara kita di Palestin, takde salahnya kalau kita cuba ubah tabiat kita, minat kita, pemakanan kita. Memang susah aku tau. Fasa-fasa perubahan tu tak senang tapi, kalau kita tak cuba ubah dari sekarang sampai bila-bila pun kita takkan berubah. Fasa paling penting dalam perubahan adalah mengambil langkah pertama dan fasa yang paling susah adalah untuk menghabiskan perjalanan daripada langkah pertama yang kita ambil tadi. Lagipun, Allah ada janji yang Dia akan membantu orang-orang yang berusaha di jalan Dia. Tak percaya?

47:7
O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet. [47:7]

Haa, nampak dak?

Kalau macam citer aku masa zaman muda-muda dulu, aku ada cakap kan yang keadaan sekeliling aku berubah mengikut perubahan aku. Mungkin kita fikir, kalau kita beli barang-barang di atas tu, bape sen sangatlah sumbangan kita pada Israel, kan? Tapi, bukan ke sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit? So, tak ke nanti 1 sen demi 1 sen lama-lama jadi bom yang digunakan Israel untuk hancurkan Gaza? Haaaa...

Jadi, apa salahnya kalau kita berhenti sumbang 1 sen tu, betul tak?

So, akhir kata, marilah kita reflect dan fikir-fikirkan semula~

Wassalam.

No comments:

Post a Comment